Aku tersedar dari tidur apabila bunyi loceng pada jam membingitkan telingaku .Aku melihat ke arah jam dan jarum pendeknya sudah menunjuk angka 6 .Aku terus bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi dengan senyuman yang riang memandangkan hari ini adalah hari terakhir aku menjawab kertas peperiksaan UPSR .Aku terus berjalan perlahan menuju ke bilik air lalu ku persiapkan diri ke sekolah .Sesudah solat subuh,aku terus memakai uniform sekolah dan mempersiapkan alat tulis yang lengkap memandangkan hari ini aku akan menjawab kertas Matematik dan Sains .Aku amat gemar kedua-dua matapelajaran itu kerana ianya agak mudah kerana semuanya berkenaan kehidupan seharian .Selepas itu,aku terus melangkah keluar dari rumah tanpa mengambil sarapan kerana ianya sudah menjadi rutin seharian aku .Jarang sekali aku makan pagi kerana ianya akan membuat perutku meragam .Terus ku ambil kasutku yang berwarna hitam dan terus memakainya sambilku tatap basikal biru muda yang berada berdekatan .Terkenang setiap peluh yang mengalir ketika ku membawanya ke sekolah .Terus ku ambil basikal itu dan ku kayuh perlahan-lahan .Bunyi kicauan burung mengiringiku .Angin yang sepoi-sepoi bahasa menemaniku .Udara yang nyaman membangkitkan semangatku .Terlena aku seketika dalam keindahan ciptaan Tuhan .Aku meneruskan kayuhan sehingga ke persimpangan jalan dan terserempak dengan rakanku yang juga sedang menuju ke sekolah jua .
"Esok awok Fathi ada kat rumah tak???Apa kata kitagi makan KFC nak tak???" bertanya aku mengharapkan jawapan yang positif ."Ada....Boleh lah....Tapi tak kan kita dua jew....Ajaklah Huzaifah sekali....Lagi ramai lagi best....." jawabnya dengan nada bersahaja ."Nanti aku ajak Huzaifah.....Danish kata dia nak pegi jugak...Haziq sekali...." jawabku ."Haziq????Tak yah lah...." jawabnya perlahan ."Ko katew lagi ramai lagi best????Tak pe lah dia pun manusia jugak...." balasku ."Ok lah...." jawabnya dengan nada yang tidak berpuas hati .Sesudah meletakkan basikal di garaj,kami berjalan beriringan ke kantin sekolah sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana guru-guru ingin memberikan sedikit kata-kata semangat sebelum menjawab soalan .Kami berjalan ke sebuah meja yang agak uzur lalu meletakkan beg di kerusi masing-masing .Danish dan Huzaifah sedang asyik mengulang kaji pelajaran maklumlah ingin mendapat keputusan yang cemerlang ."Wah rajinnya korang......." sapaku mesra ."Erm..." jawab mereka serentak ."Korang jadi ke pergi KFC esok???" ."Aku ok jew tapi Huzaifah tak boleh kot sebab esok dia kene ikot mak die gi mane enth..." Danish terus membaca bukunya semula selepas menjawab jawapanku ."Ooooooooooooowwwwwwwwwhhhhhh" sengaja ku panjangkan perkataan 'owh' itu .
"Senang tak periksa tadi???" tanya Faris sambil mengeluarkan duit dari poket bajunya ."Bolehlah....." jawab Danish sambil memegang sepinggan nasi lemak .Aku duduk di satu sudut meja menunggu mereka berdua .Makanan di hadapanku sudah bertukar angin kerana menunggu mereka ."Wei korang ni beli makanan ke buat makanan???"jerit aku ."Jap" jawab Danish dengan bunyi tawa yang agak kuat sehingga aku boleh mendengarnya dengan jelas ."Ko tak tunggu kitorang ke???" tanya Faris lalu meletakkan pinggan makanannya di atas meja ."Tunggu....tapi korang lama sangat.....aku lahab je lah..."jawabku dengan nada bersahaja ."Senang tak periksa tadi???ko bole jawab tak???" tanya Danish padaku ."Senang lah jugak.....Alhamdulillah boleh jawab......"jawabku dengan mulut yang penuh dengan nasi .Kami terus berbual sehingga jam 1.45 tengah hari .Selepas itu,kami pergi menunaikan solat Zohor di surau sekolah kerana selepas ini kami masih ada kertas yang harus dijawab.
"Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!" teriak Faris apabila keluar dari dewan peperiksaan .Aku dan Danish hanya tersenyum sahaja .Kami terus berjalan pergi ke kantin untuk mengambil beg masing-masing bagi memulakan langkah pulang ke rumah .Kami sempat bersembang diselit juga gelak ketawa ."Jalan lupa petang esok???"tanya aku ."Yee....Bye" Danish terus berlalu pergi kerana dia sudah terlihat kereta ayahnya di pintu pagar sekolah .Senyuman mesraku dibalas semula ayahnya dan lambaian tangan menandakan selamat jalan .Aku agak baik dengan ayahnya memandangkan aku sudah mengenali Danish semenjak berumur 5 tahun dan sudah 11 tahun kami berkawan baik dan langsung tidak pernah bergaduh .Semenjak kami bersekolah menengah ini,aku sangat jarang berjumpa dengannya kerana kami sudah berbeza sekolah .Hanya bercakap di telefon sahaja .Aku terus menuntun basikalku ke luar kawasan sekolah dan mengayuh perlahan-lahan untuk pulang ke rumah .
"Mana Danish ngan Fathi ni???" tanyaku pada Haziq ."Entah lah ....lambat sikit kot..."jawabnya .Sebenarnya Haziq adalah rakan sekelasku di tahun 6 yang selalu menemaniku keluar ke bandar .Walaupun dia seorang yang hitam,tetapi dia seorang yang baik .Aku tidak menyangka dia akan bersekolah di sekolah agama sepertiku .Walaupun kami berbeza kelas,persahabatan tetap persahabatan .Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam meluncur laju dan berhenti di hadapan kami .Danish keluar dari kereta itu dengan senyuman(walaupun die tak reti senyum...huhuhu) ."Sorry lambat,mak aku ada kerja tadi" dijelaskannya selepas kereta hitam itu meluncur ke jalan raya semula ."Sorry jugak lambat...hihihi" tiba-tiba suara lembut itu menyapa membuatkan kami terkejut ."Tak pe......Jom lah masuk..." jawabku dan kami terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan .
"Bestkan pagi tadi????Duduk kat padang 24 jam.....sampai balik...." Haziq membuka bicara .Kami bertiga hanya mengangguk mengiyakan walaupun sebenarnya kami lebih suka belajar di dalam kelas .Aku,Danish dan Fathi berada di makmal komputer semasa mereka sedang asyik bermain memandangkan hari yang sangat panas .Kami hanya bermain 'UNO' di dalam makmal kerana permainan ini tidak memerlukan banyak tenaga berbanding bersukan .Selain itu, permainan ini juga dapat menguji kepintaran(Ye kew????) .Kami berempat berbual mesra dan malngnya masa sahaja yang mencemburui .Kami terpaksa pulang ke rumah masing-masing .
??/11/2012
"Yang dapat 5A lima orang .Anis,Huzaifah,Fathi,Faris dan Danish" kata Saidatul .Aku mengucapkan tahniah kepada mereka .Saidatul tahu lebih awal kerana dia membantu guru kelas ku menyiapakan surat berhenti sekolah .Aku sangat sedih kerana tidak berjaya mendapat 5A tetapi aku juga gembira kerana semua rakan baikku berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan boleh dibanggakan ."Tahniah dapat 4A 1B" kata guru kelasku .Aku hanya mengangguk walaupun air mataku tidak mengalir di mata tetapi ianya mengalir di hati .Aku amat sedih kerana aku mendapat 4A sahaja .Tetapi aku tetap bersyukur kerana keputusan ini bukan apa-apa .Ianya hanya permulaan hidupku .Abangku juga mendapat 4A juga dalam UPSR tetapi akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM .Akakku juga mendapat 4A dalam UPSR tetapi dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM .Walaupun aku hanya mendapat 4A dalam UPSR tetapi aku yakin dengan usaha yang bertubi-tubi dan semangat yang padu aku akan menakluki puncak SPM dengan kegemilangan .
Ingatlah sesuatu yang berlaku di permulaan tidak semestinya berlaku di pengakhiran.Dengan usaha semua akan dapat dikecapi.Dengan doa semua akan dapat dimiliki.Sesungguhnya rancangan kita tidak sehebat rancangan yang Maha Berkuasa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan