Sabtu, 28 Januari 2017
Banjir
Menitis air dari kaki langit tanpa protes dek kerosakan dunia.Bukti bahawa hidup ini tidak ada kebebasan.Dulu,dunia ini jarang menangis dan merintih.Hanya senyuman yang terpancar dek duka atau luka.Tapi kini air mata membanjiri pulauan kealpaan.Dihunus keperitan atas apa yang telah dilakukan.Kadang kala baru tersedar,terlena dek kelalaian dunia sehingga alpa akan kebinasaan yang dilakukan.Duhai awan,duhai langit,temani lah aku dengan senyuman.Lindungilah aku kala senja dan alpa.Ya ALLAH aku memohon kepadamu,berikan lah ketabahan kepada orang islam agar mampu mengharungi bencana pada hari-hari mendatang dengan senyuman dan semarak cinta akan agama...😃😃😃
Selasa, 24 Januari 2017
Sejenak Ku Termenung
Ku melangkah dan melangkah,
Menyusuri lautan pasrah,
Menuruni luruh yang musnah,
Mengenggam sekeping amanah,
Walhal pasrah berkumandah,
Biarpun sepi nostalgia,
Digenap rindu asmara,
Dihenyak taluan pintaan,
Diketik pujangga harapan,
Namun apakah benar,
Nama yang menjadi nahkoda,
Selusuli benua belukar,
Mengejar impian yang samar,
Andai waktu masih berbaki,
Akan ku sematkan benci,
Dalam hati nurani,
Insan bergelar firdausi.
#Sesungguhnya,,,hidup tidak semudah yang disangka...Tidak semurah sekadar harga...Ianya menuntut bela dan rela...
#WanFiqh #SMARISAS
Menyusuri lautan pasrah,
Menuruni luruh yang musnah,
Mengenggam sekeping amanah,
Walhal pasrah berkumandah,
Biarpun sepi nostalgia,
Digenap rindu asmara,
Dihenyak taluan pintaan,
Diketik pujangga harapan,
Namun apakah benar,
Nama yang menjadi nahkoda,
Selusuli benua belukar,
Mengejar impian yang samar,
Andai waktu masih berbaki,
Akan ku sematkan benci,
Dalam hati nurani,
Insan bergelar firdausi.
#Sesungguhnya,,,hidup tidak semudah yang disangka...Tidak semurah sekadar harga...Ianya menuntut bela dan rela...
#WanFiqh #SMARISAS
Selasa, 19 Julai 2016
PERJALANAN
Dalam sunyi daku merenung,
Merenung waktu dalam pergi,
Membawa diri untuk bermimpi,
Pergi ke alam sunyi,
Dalam diam aku menangis,
Membawa resah kian layari,
Mengejar duka dalam sanubari,
Diulik cemburu cinta abadi,
Dalam mimpi daku rindui,
Rindui insan yang menghampiri,
Menangis mengaduh pedih,
Menduga waktu lampau walau sedikit,
Aku ketawa merintih,
Jumpa disangka insan terhampir,
Bagai cahaya meliliti hati,
Yang duka ditinggal sepi,
Andai waktu dapat diselami,
Akan ku kejar kasih abadi,
Ketawa,gembira dan bersama lagi,
Menjadi sahabat sejati.
#Sahabat sejati adalah insan yang mulia...Hargai dan menghargai lumrah persahabatan...
#WanFiqh32
Merenung waktu dalam pergi,
Membawa diri untuk bermimpi,
Pergi ke alam sunyi,
Dalam diam aku menangis,
Membawa resah kian layari,
Mengejar duka dalam sanubari,
Diulik cemburu cinta abadi,
Dalam mimpi daku rindui,
Rindui insan yang menghampiri,
Menangis mengaduh pedih,
Menduga waktu lampau walau sedikit,
Aku ketawa merintih,
Jumpa disangka insan terhampir,
Bagai cahaya meliliti hati,
Yang duka ditinggal sepi,
Andai waktu dapat diselami,
Akan ku kejar kasih abadi,
Ketawa,gembira dan bersama lagi,
Menjadi sahabat sejati.
#Sahabat sejati adalah insan yang mulia...Hargai dan menghargai lumrah persahabatan...
#WanFiqh32
Isnin, 18 Julai 2016
2016!!!
Masa berlalu dengan pantas...Kini 2016 sudah ingin berakhir...Tanpaku sedar sudah lebih setahun aku membuka blog ini walaupun kurang perkongsian yang menarik...Mungkin satu hari nanti aku mampu memegang dunia dengan karya2 hasil nukilanku...
MASA MENUNGGU MASA
Waktu demi waktu,
Hari demi hari,
Menunggu masa yang berlalu,
Ku cuba untuk renungi,
Waktu yang berlalu,
Pantas tanpa erti,
Menguris hati dan sanubari,
Janji pada ilahi adalah bukti,
Sayang untuk pergi,
Menunggu waktu untuk pergi,
Meninggalkan rakan sejati,
Namun ikatan tetap abadi,
Dalam diri walau pergi.
Menitis waktu sebelum pergi,
Menunggu bicara suci.
Andai waktu masih berdetik,
Masih mampu bersua lagi.
#Nukilan:WanFiqh
#Daie For Future,Dakwah For Greater
MASA MENUNGGU MASA
Waktu demi waktu,
Hari demi hari,
Menunggu masa yang berlalu,
Ku cuba untuk renungi,
Waktu yang berlalu,
Pantas tanpa erti,
Menguris hati dan sanubari,
Janji pada ilahi adalah bukti,
Sayang untuk pergi,
Menunggu waktu untuk pergi,
Meninggalkan rakan sejati,
Namun ikatan tetap abadi,
Dalam diri walau pergi.
Menitis waktu sebelum pergi,
Menunggu bicara suci.
Andai waktu masih berdetik,
Masih mampu bersua lagi.
#Nukilan:WanFiqh
#Daie For Future,Dakwah For Greater
Ahad, 15 Mac 2015
Ayuh!!!
Tika dunia sedang asyik dengan kelalaian sebenarnya kita lupa akan apa yang berlaku di negara-negara Islam di seluruh dunia pada hari ini !!!!Ummat Islam di pelusuk dunia dihina dan dibunuh dengan kejam !!!!Dicaci dan hilang maruah diri !!!!!!Di manakah ummat Islam yang lain?????Di manakah ummat Islam yang lain sementara mereka-mereka ini sedang berjuang !!!!!Di manakah kita pada waktu itu????Dimanakah perjuangan kita sebagai seorang ummat Islam!!!!Di manakah jihad kita???? Apabila kita menyebut "Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH , Dan nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH" .Adakah kita mengerti maksudnya?????Duhan insani yang dikasihi ,Ayuh kita bangkit bersatu hati !!!!Kita perangi bersungguh-sungguh !!!!Dengan apa yang kita mampu!!!!Biar mati bermaruah dalam agama suci Islam yang dicintai!!!!!!Jangan mati dalam kelalaian duniawi!!!!!!!Jadi apa lagi kita tunggu duhai insani pewaris generasi masa hadapan yang dicintai!!!!!Ayuh kita perangi kezaliman !!!!!!Ayuh kita tindas segala penghinaan!!!!!Dengan usaha!!!Dengan doa!!!Dengan tawakal !!!!Menjadi hamba yang mentaati agama!!!!Bangunlah wahai ummat manusia !!!!Ayuh bangun dari kelalaian duniawi!!!Ayuh bersama-sama menentang segala kekejaman yahudi!!!!Hidup biar untuk ISLAM !!!!!Marilah kita tentangi rintangan yang menanti!!!
DAIE FOR FUTURE
Sabtu, 7 Mac 2015
Sebuah Permulaan
Aku tersedar dari tidur apabila bunyi loceng pada jam membingitkan telingaku .Aku melihat ke arah jam dan jarum pendeknya sudah menunjuk angka 6 .Aku terus bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi dengan senyuman yang riang memandangkan hari ini adalah hari terakhir aku menjawab kertas peperiksaan UPSR .Aku terus berjalan perlahan menuju ke bilik air lalu ku persiapkan diri ke sekolah .Sesudah solat subuh,aku terus memakai uniform sekolah dan mempersiapkan alat tulis yang lengkap memandangkan hari ini aku akan menjawab kertas Matematik dan Sains .Aku amat gemar kedua-dua matapelajaran itu kerana ianya agak mudah kerana semuanya berkenaan kehidupan seharian .Selepas itu,aku terus melangkah keluar dari rumah tanpa mengambil sarapan kerana ianya sudah menjadi rutin seharian aku .Jarang sekali aku makan pagi kerana ianya akan membuat perutku meragam .Terus ku ambil kasutku yang berwarna hitam dan terus memakainya sambilku tatap basikal biru muda yang berada berdekatan .Terkenang setiap peluh yang mengalir ketika ku membawanya ke sekolah .Terus ku ambil basikal itu dan ku kayuh perlahan-lahan .Bunyi kicauan burung mengiringiku .Angin yang sepoi-sepoi bahasa menemaniku .Udara yang nyaman membangkitkan semangatku .Terlena aku seketika dalam keindahan ciptaan Tuhan .Aku meneruskan kayuhan sehingga ke persimpangan jalan dan terserempak dengan rakanku yang juga sedang menuju ke sekolah jua .
"Esok awok Fathi ada kat rumah tak???Apa kata kitagi makan KFC nak tak???" bertanya aku mengharapkan jawapan yang positif ."Ada....Boleh lah....Tapi tak kan kita dua jew....Ajaklah Huzaifah sekali....Lagi ramai lagi best....." jawabnya dengan nada bersahaja ."Nanti aku ajak Huzaifah.....Danish kata dia nak pegi jugak...Haziq sekali...." jawabku ."Haziq????Tak yah lah...." jawabnya perlahan ."Ko katew lagi ramai lagi best????Tak pe lah dia pun manusia jugak...." balasku ."Ok lah...." jawabnya dengan nada yang tidak berpuas hati .Sesudah meletakkan basikal di garaj,kami berjalan beriringan ke kantin sekolah sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana guru-guru ingin memberikan sedikit kata-kata semangat sebelum menjawab soalan .Kami berjalan ke sebuah meja yang agak uzur lalu meletakkan beg di kerusi masing-masing .Danish dan Huzaifah sedang asyik mengulang kaji pelajaran maklumlah ingin mendapat keputusan yang cemerlang ."Wah rajinnya korang......." sapaku mesra ."Erm..." jawab mereka serentak ."Korang jadi ke pergi KFC esok???" ."Aku ok jew tapi Huzaifah tak boleh kot sebab esok dia kene ikot mak die gi mane enth..." Danish terus membaca bukunya semula selepas menjawab jawapanku ."Ooooooooooooowwwwwwwwwhhhhhh" sengaja ku panjangkan perkataan 'owh' itu .
"Senang tak periksa tadi???" tanya Faris sambil mengeluarkan duit dari poket bajunya ."Bolehlah....." jawab Danish sambil memegang sepinggan nasi lemak .Aku duduk di satu sudut meja menunggu mereka berdua .Makanan di hadapanku sudah bertukar angin kerana menunggu mereka ."Wei korang ni beli makanan ke buat makanan???"jerit aku ."Jap" jawab Danish dengan bunyi tawa yang agak kuat sehingga aku boleh mendengarnya dengan jelas ."Ko tak tunggu kitorang ke???" tanya Faris lalu meletakkan pinggan makanannya di atas meja ."Tunggu....tapi korang lama sangat.....aku lahab je lah..."jawabku dengan nada bersahaja ."Senang tak periksa tadi???ko bole jawab tak???" tanya Danish padaku ."Senang lah jugak.....Alhamdulillah boleh jawab......"jawabku dengan mulut yang penuh dengan nasi .Kami terus berbual sehingga jam 1.45 tengah hari .Selepas itu,kami pergi menunaikan solat Zohor di surau sekolah kerana selepas ini kami masih ada kertas yang harus dijawab.
"Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!" teriak Faris apabila keluar dari dewan peperiksaan .Aku dan Danish hanya tersenyum sahaja .Kami terus berjalan pergi ke kantin untuk mengambil beg masing-masing bagi memulakan langkah pulang ke rumah .Kami sempat bersembang diselit juga gelak ketawa ."Jalan lupa petang esok???"tanya aku ."Yee....Bye" Danish terus berlalu pergi kerana dia sudah terlihat kereta ayahnya di pintu pagar sekolah .Senyuman mesraku dibalas semula ayahnya dan lambaian tangan menandakan selamat jalan .Aku agak baik dengan ayahnya memandangkan aku sudah mengenali Danish semenjak berumur 5 tahun dan sudah 11 tahun kami berkawan baik dan langsung tidak pernah bergaduh .Semenjak kami bersekolah menengah ini,aku sangat jarang berjumpa dengannya kerana kami sudah berbeza sekolah .Hanya bercakap di telefon sahaja .Aku terus menuntun basikalku ke luar kawasan sekolah dan mengayuh perlahan-lahan untuk pulang ke rumah .
"Mana Danish ngan Fathi ni???" tanyaku pada Haziq ."Entah lah ....lambat sikit kot..."jawabnya .Sebenarnya Haziq adalah rakan sekelasku di tahun 6 yang selalu menemaniku keluar ke bandar .Walaupun dia seorang yang hitam,tetapi dia seorang yang baik .Aku tidak menyangka dia akan bersekolah di sekolah agama sepertiku .Walaupun kami berbeza kelas,persahabatan tetap persahabatan .Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam meluncur laju dan berhenti di hadapan kami .Danish keluar dari kereta itu dengan senyuman(walaupun die tak reti senyum...huhuhu) ."Sorry lambat,mak aku ada kerja tadi" dijelaskannya selepas kereta hitam itu meluncur ke jalan raya semula ."Sorry jugak lambat...hihihi" tiba-tiba suara lembut itu menyapa membuatkan kami terkejut ."Tak pe......Jom lah masuk..." jawabku dan kami terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan .
"Bestkan pagi tadi????Duduk kat padang 24 jam.....sampai balik...." Haziq membuka bicara .Kami bertiga hanya mengangguk mengiyakan walaupun sebenarnya kami lebih suka belajar di dalam kelas .Aku,Danish dan Fathi berada di makmal komputer semasa mereka sedang asyik bermain memandangkan hari yang sangat panas .Kami hanya bermain 'UNO' di dalam makmal kerana permainan ini tidak memerlukan banyak tenaga berbanding bersukan .Selain itu, permainan ini juga dapat menguji kepintaran(Ye kew????) .Kami berempat berbual mesra dan malngnya masa sahaja yang mencemburui .Kami terpaksa pulang ke rumah masing-masing .
??/11/2012
"Yang dapat 5A lima orang .Anis,Huzaifah,Fathi,Faris dan Danish" kata Saidatul .Aku mengucapkan tahniah kepada mereka .Saidatul tahu lebih awal kerana dia membantu guru kelas ku menyiapakan surat berhenti sekolah .Aku sangat sedih kerana tidak berjaya mendapat 5A tetapi aku juga gembira kerana semua rakan baikku berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan boleh dibanggakan ."Tahniah dapat 4A 1B" kata guru kelasku .Aku hanya mengangguk walaupun air mataku tidak mengalir di mata tetapi ianya mengalir di hati .Aku amat sedih kerana aku mendapat 4A sahaja .Tetapi aku tetap bersyukur kerana keputusan ini bukan apa-apa .Ianya hanya permulaan hidupku .Abangku juga mendapat 4A juga dalam UPSR tetapi akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM .Akakku juga mendapat 4A dalam UPSR tetapi dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM .Walaupun aku hanya mendapat 4A dalam UPSR tetapi aku yakin dengan usaha yang bertubi-tubi dan semangat yang padu aku akan menakluki puncak SPM dengan kegemilangan .
Ingatlah sesuatu yang berlaku di permulaan tidak semestinya berlaku di pengakhiran.Dengan usaha semua akan dapat dikecapi.Dengan doa semua akan dapat dimiliki.Sesungguhnya rancangan kita tidak sehebat rancangan yang Maha Berkuasa .
Sabtu, 14 Februari 2015
#Permergian Yang Tiada Gantian #TGNA
Pada 12 Februari 2015 yang suci
Kau pergi meninggalkan alam realiti
Ditangisi jutaan ummat manusia di bumi
Dipelusuk negara dan negeri
Tika kau pergi pada malam jumaat yang berseri
Terkejut dunia sambil meratapi
Pemergian seorang ulama' pemangkin generasi
Yang dikasihi dan dikagumi
Tika kau melangkah pergi
Ribuan ummat hadir untuk mengebumi
Awan-awan sedia memanyungi
Jasad mu seorang ulama' yang bijak bestari
Ilmu yang disampai oleh mu dikenang kembali
Kata-kata mu memberi kesedaran diri
Bicara mu yang lembut menghayun nama baik islami
Ke serata dunia ciptaan Ilahi
Ketika kau pergi
Orang Islam sudah pasti meratapi
Orang bukan Islam juga menangisi
Pemergian insan penyatu paduan bangsa Malaysia yang berbudi
Kau adalah contoh tauladan ummat hari ini
Bagaimana seorang ulama' mempertahankan agama Islam yang suci
Dari segala cercaan yang tidak berperi
Untuk evolusi generasi bestari
Walaupun kau pergi meninggalkan dunia ini
Jasadmu tetap dikandung bumi
Jasamu pasti akan dikenang sampai mati
Wahai ulama' yang dikagumi
#Pemergian Tuan Guru Nik Aziz pasti meninggal kesan di hati ...Permergian seorang ulama' sudah pasti tiada peganti.....Jadi ayuh kita istiqomah dan bentuk jati diri.......Mentaati Allah tuhan pencipta dunia yang diduduki hari ini#
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)
Kau pergi meninggalkan alam realiti
Ditangisi jutaan ummat manusia di bumi
Dipelusuk negara dan negeri
Tika kau pergi pada malam jumaat yang berseri
Terkejut dunia sambil meratapi
Pemergian seorang ulama' pemangkin generasi
Yang dikasihi dan dikagumi
Tika kau melangkah pergi
Ribuan ummat hadir untuk mengebumi
Awan-awan sedia memanyungi
Jasad mu seorang ulama' yang bijak bestari
Ilmu yang disampai oleh mu dikenang kembali
Kata-kata mu memberi kesedaran diri
Bicara mu yang lembut menghayun nama baik islami
Ke serata dunia ciptaan Ilahi
Ketika kau pergi
Orang Islam sudah pasti meratapi
Orang bukan Islam juga menangisi
Pemergian insan penyatu paduan bangsa Malaysia yang berbudi
Kau adalah contoh tauladan ummat hari ini
Bagaimana seorang ulama' mempertahankan agama Islam yang suci
Dari segala cercaan yang tidak berperi
Untuk evolusi generasi bestari
Walaupun kau pergi meninggalkan dunia ini
Jasadmu tetap dikandung bumi
Jasamu pasti akan dikenang sampai mati
Wahai ulama' yang dikagumi
#Pemergian Tuan Guru Nik Aziz pasti meninggal kesan di hati ...Permergian seorang ulama' sudah pasti tiada peganti.....Jadi ayuh kita istiqomah dan bentuk jati diri.......Mentaati Allah tuhan pencipta dunia yang diduduki hari ini#
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)
Daie For Future
Khamis, 5 Februari 2015
GURU
Guru
Engkau tenang bak air laut yang biru
Senyuman mu manis bak bukit yang berliku
Tawa dan marahmu memberi semangat baru
Untuk menuju impian yang satu
Tika ku melangkah ke alam remaja yang berliku
Menuju ke alam persekolahan yang baru
Tika itu aku sedar pengorbanan guru
Dari muda hingga meningkat dewasa ku
Mengajar penuh dedikasi tanpa jemu
Mendidik penuh sabar tanpa lenguh
Mencorak anak bangsa demi impian yang satu
Menjadi pencorak generasi masa hadapan yang jitu
Tetapi pernahkah aku sedar akan jasamu
Mengalir peluh mu satu persatu
Tanda penat lelah tunjuk ajar mu
Tanda cekal jiwa ragamu
Guru yang disanjungi
Engkau bagai lilin yang membakar diri
Panas yang dirasai
Tetapi demi generasi yang berbudi
Sanggup berkorban apa jua sekali
Engkau memberi ilmu yang hakiki
Yang memberi nasihat terus ke hati
Memberi teguran yang penuh nilai murni
Supaya dapat mengejar syurgawi
#Terima kasih atas segala didikan mu guru-guruku.....Ampun kan lah jika ada salah dan silap.....Engkau yang memberi ilmu mengajar penuh dedikasi tanpa letih demi generasi yang dicintai......Jasamu akan dikenang sampai mati......
Daie For Future
Jumaat, 30 Januari 2015
RASULULLAH
Walaupuan aku tidak dapat melihatmu
Melihat wajah dan perlakuanmu
Kau berdakwah demi mempertahan agamamu
Ya Rasulullah aku ummatmu
Kau adalah contoh tauladan ummat dunia
Kesempurnaanmu tiada cacat cela
Memberi syafaat di hari dihitung bersama
Kepada manusia yang bertaqwa
Ya Rasulullah pesuruh Allah
Kau yang membawa ku ke jalan yang gah
Islam agama yang suci tak ternoda
Yang menjadi pendinding api neraka
Sesungguhnya aku ini hamba yang tidak berupaya
Tiada harta inikan rupa
Tapi aku sedar ianya tidak berguna
Kecuali iman di dada menjadi senjata
Melihat wajah dan perlakuanmu
Kau berdakwah demi mempertahan agamamu
Ya Rasulullah aku ummatmu
Kau adalah contoh tauladan ummat dunia
Kesempurnaanmu tiada cacat cela
Memberi syafaat di hari dihitung bersama
Kepada manusia yang bertaqwa
Ya Rasulullah pesuruh Allah
Kau yang membawa ku ke jalan yang gah
Islam agama yang suci tak ternoda
Yang menjadi pendinding api neraka
Sesungguhnya aku ini hamba yang tidak berupaya
Tiada harta inikan rupa
Tapi aku sedar ianya tidak berguna
Kecuali iman di dada menjadi senjata
Rabu, 21 Januari 2015
Ilmu
Ketika aku melangkah dewasa
Langsung tiada apa yang ku bawa
Tiada harta inikan rupa
Tetapi hanya satu sahaja yang ku bawa
Iaitu ilmu untuk mengejar cita-cita
Ilmu lah yang membawa kita menjelajah dunia
Yang menjadikan kita istimewa
Yang menbantu tika suka inikan duka
Menjadi peneman sepanjang masa
Ilmu ibarat sebilah pisau belati
Boleh melindungi dan menyakiti
Dapat menjadi senjata bererti
Semua manusia di dunia ini
Ilmu juga ibarat sekeping hati
Jika terang hati nya pasti mudah ilmu memasuki
Jika gelap hati nya pasti ilmu akan tercari-cari
Tidak langsung sampai ke destinasi
Jadi lah manusia yang ilmu berada di dada dan di hati
Jadikan lah ilmu sebagai teman sejati
Tika senang dan juga susah nanti
Mungkin berguna suatu hari nanti
Daie For Future
Langgan:
Catatan (Atom)