Pada 12 Februari 2015 yang suci
Kau pergi meninggalkan alam realiti
Ditangisi jutaan ummat manusia di bumi
Dipelusuk negara dan negeri
Tika kau pergi pada malam jumaat yang berseri
Terkejut dunia sambil meratapi
Pemergian seorang ulama' pemangkin generasi
Yang dikasihi dan dikagumi
Tika kau melangkah pergi
Ribuan ummat hadir untuk mengebumi
Awan-awan sedia memanyungi
Jasad mu seorang ulama' yang bijak bestari
Ilmu yang disampai oleh mu dikenang kembali
Kata-kata mu memberi kesedaran diri
Bicara mu yang lembut menghayun nama baik islami
Ke serata dunia ciptaan Ilahi
Ketika kau pergi
Orang Islam sudah pasti meratapi
Orang bukan Islam juga menangisi
Pemergian insan penyatu paduan bangsa Malaysia yang berbudi
Kau adalah contoh tauladan ummat hari ini
Bagaimana seorang ulama' mempertahankan agama Islam yang suci
Dari segala cercaan yang tidak berperi
Untuk evolusi generasi bestari
Walaupun kau pergi meninggalkan dunia ini
Jasadmu tetap dikandung bumi
Jasamu pasti akan dikenang sampai mati
Wahai ulama' yang dikagumi
#Pemergian Tuan Guru Nik Aziz pasti meninggal kesan di hati ...Permergian seorang ulama' sudah pasti tiada peganti.....Jadi ayuh kita istiqomah dan bentuk jati diri.......Mentaati Allah tuhan pencipta dunia yang diduduki hari ini#
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)
Daie For Future
Guru
Engkau tenang bak air laut yang biru
Senyuman mu manis bak bukit yang berliku
Tawa dan marahmu memberi semangat baru
Untuk menuju impian yang satu
Tika ku melangkah ke alam remaja yang berliku
Menuju ke alam persekolahan yang baru
Tika itu aku sedar pengorbanan guru
Dari muda hingga meningkat dewasa ku
Mengajar penuh dedikasi tanpa jemu
Mendidik penuh sabar tanpa lenguh
Mencorak anak bangsa demi impian yang satu
Menjadi pencorak generasi masa hadapan yang jitu
Tetapi pernahkah aku sedar akan jasamu
Mengalir peluh mu satu persatu
Tanda penat lelah tunjuk ajar mu
Tanda cekal jiwa ragamu
Guru yang disanjungi
Engkau bagai lilin yang membakar diri
Panas yang dirasai
Tetapi demi generasi yang berbudi
Sanggup berkorban apa jua sekali
Engkau memberi ilmu yang hakiki
Yang memberi nasihat terus ke hati
Memberi teguran yang penuh nilai murni
Supaya dapat mengejar syurgawi
#Terima kasih atas segala didikan mu guru-guruku.....Ampun kan lah jika ada salah dan silap.....Engkau yang memberi ilmu mengajar penuh dedikasi tanpa letih demi generasi yang dicintai......Jasamu akan dikenang sampai mati......
Daie For Future